hok ado dale hati aq...

Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Friday, 13 September 2013

macaroni bakar

Dua malam lepas aq try masak macaroni bakar. nyum...nyum... sedap gak (poyos). So aq nak berkongsi resepi la wahal da ramai  yang taw buat ni. hehehehe

makaroni bakar


Bahan-Bahan


3 biji bawang besar (aq guna bawang merah yang saiz besar) *blend2 ulas bawang putih *blendserbuk kari ikan @ ayam @daging1 tin sardin1/2 tin susu cairdaun soup daun bawang

mozarella cheese
cheddar cheese
3 biji telurmakaroni *rebus n toskan (agak2 la banyak mana korang nak)garam dan gula

cara-caranya- panaskan minyak tumis bawang yg diblendkan sampai wangi kemudian masukkan serbuk kari tumis lagi    sampai pecah minyak.msuk kn sardin & susu cair gaul sebati-msuk kn makaroni yg d rebus tadi..kacau sebati perasa kn dgn garam n gula..-msuk kn daun sup n daun bawang...gaul smpai sebati n xberair...-letak minyak pd loyang n msuk kn makaroni yg dh siap tadi hanya separuh loyang..-tabur ke 2 dua jenis cheese tadi..letak lebihan makaroni tadi n tabur cheese lg-pukul telur n msuk kn dlm loyang makaroni tadi..-bakar sampai perang-150'c bakar selama 30minit...


resepi ni aq amik kat dari dapur anie ezany
ni sebelum dibakar yer!!!



 siap and nak ngap daaa

Tuesday, 25 December 2012

Kari ketam

Haaa hari ni aq masak kari ketam. MEB nyer peberet. Dia yang teringin sangat nak makan ni. Kesian dia.demi mu sayang.hahaha selamat menjamu selera.
Aq nak bagi resepi sikit la kat korang walaupun aq taw korang lagi hebat dari aq.

Bahan-bahan
Ketam
3 kuntum Bunga cengkih
2 btg kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 sudu besar Serbuk kari babas
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia (korang agak2 la)
2 sudu besar cili boh
Santan sekotak kecik

Cara buat
1.Blend bawang ngn halia.
2.tumis bunga cengkih bunga lawang n kulit kayu manis sampai nek baw.masukan bahan blend td kacaw hingga nek baw lagi (baw bawang taw)
3.masukan serbuk kari (tapi bancuh ckit ngn air) dan cili boh kacaw lagi
4.masukkan santan (santan kotak ni aq campur air lbey kurang 1 kotak setengah santan td) biarkan mendidih
5.masukan watak utama iaitu ketam.kecikan api dan biar sekejap.
6.yeahhh udap siap ketam masak kario

Thursday, 4 August 2011

ayam masak kurma


Bahan-bahan
1 ekor ayam potong la ikut saiz yang sesuai
2 bungkus serbuk kurma cap adabi (bancuh pekat ngn air)
6 ulas bawang (blend)
2 ulas bawang putih (blend)
Halia sebesar ibu jari (blend)
3 biji ubi kentang dipotong dadu
1 biji kelapa diambil santanya
2 batang kulit kayu manis
Ade 2 kuntum bunga cam dalam gambar tue.aq lupe name per.hikhikhik jgn marah
Garam
Gula melaka

Cara memasak
Tumis kulit kayu manis ngn bunga tadi…biar nek bau.
Masukan bahan yg diblend tadi tumis sampai naik bau.
Pastue masukan perencah adabi tadi..kacau.. masukan ayam..kacau.tutup periuk jap kecikan api.
Masukan santan dan ubi kentang tadi.
Kacaw dan biarkan mendidih.masukan garam dan gula melaka secukup rasa.
Siapp….

Thursday, 30 June 2011

Rendang ayam sedap

Bahan-bahan
6 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih*
2 inci halia*
20 biji cili padi*
10 tangkai cili kering*
1 batang serai*
1 paket Perencah rendang adabi
½ ekor ayam
1 kotak santan (aq pakai cap m&s)
3 sudu besar Kerisik
4 helai daun limau nipis
1/3 gula melaka
Garam secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Blend semua bahan yang bertanda * dan gaulkan bersama perencah rendang
2. tumis bahan tersebut sehingga naik baunya
3. masukan santan, kerisik, daun limau, garam dan gula melaka, biarkan hingga pecah minyak.
4. masukkan ayam dan kacau.kecilkan api dan biarkan sehingga mendidih. Tapi korang kena sentiasa kacau la. Klu x nanti berkerak.
5.klu korang nak kering biarkan lama ckit.then siap… 

aq wat xkering sangat sebab aq nak makan kuah

Sunday, 12 June 2011

apple pai



kulit pai:
pastri puff brand kawan (korang suka haty la nak pakai brand pew)

bahan2 inti:

2 biji epal hijau buang kulit potong dadu
1/2 gula pasir (klu korang nk manis,sila tambah lagi)
3/4 camca besar tepung jagung
1 camca besar jus lemon (suka letak laa.xsuka xpayah)
50gm butter cup
kismis (up to korang la nk buh ke xnak)
1 batang kulit kayu manis
secubit garam

cara membuatnya:

Panaskan butter cup, masukkan gula pasir, kulit kayu manis, apple
kacau sekejap. kemudian masukkan tepung jagung, kismis, jus lemon, dan garam..kacau hingga pekat. panaskan oven 190 darjah sementara tunggu oven panas, ley la letak inti dalam pastri tue. tekan2 ckit hujung ngan garpu untuk mencorakkan,pastu kelar2 ngn pisau kat atasnya.cantik coraknya.sapu telur kat pai yang da siap dikelar tadi.hehehehe
bakar selama 25 minit...siap untuk di makan



Friday, 10 June 2011

masak-masak

Gulai ikan masin (ikan kering)
Bahan-bahan
5 ulas bawang merah (blend)
2 ulas bawang putih (blend)
1 ½  inci halia (blend)          
1 ½  inci kunyit (blend)
2 inci lengkuas (blend)
250 gm santan (leyh agak klu nk pekat sgt or kuah lebeyh)
4 ekor ikan masin gelama (lain2 ikan pown leyh jew)
3 keping Asam keping
Garam secukup rasa
 Gula melaka sucukup rasa

Cara mencipta gulai…hikhikhik
1.       Panaskan santan bersama bahan2 yang diblend tadi.masukkan garam,gula melaka n asam keping.biarkan sehingga mendidih…
2.       Masukkan ikan masin kedalam periuk yang mendidih tadi
3.       Perlahankan api biar ia mendidih lagi
4.       Rasa kuah dah tutup api…
5.       Hidang untuk disantap..

p/s : klu u all nk letak nanas pown leyh gak. Tp makesure kuah xterlalu masam.