hok ado dale hati aq...

Wednesday 24 January 2024

Saudi Arabia

Pertama kali di Jeddah

Teringat masa Fisrt time aku datang sini. Aku seorang yer. Sebab tiket aku dengan staff yang sama batch dengan aku adalah berbeza. Aku fly sini 6 August. Petang pukul 5.35 flight aku masa tu. 1st time aku fly jauh sensorang. Dengan meninggalkan suami dan anak3 serta famili aku. Perasaan? Haruslah sedih tahap kau rasa?? Rasa sedih tu nanti aku cerita. Yang aku nak tulis sekarang perjalanan lebih 8 jam tu hanya aku dan orang orang yang pergi untuk umrah dan sebagainya. Which mean that time is aku seorang yang pergi dari KL ke Jeddah dan ke hospital itu.  Dalam flight adalah bersembang sepatah dua dengan mak cik yang nak pergi umrah. Selebihnya aku hanya melayan perasaan dan tidur. Tidur dalam tangisan sebab aku dah mula rindu anak3 dan family. Sesampainya aku di Airport Jeddah, ada satu masalah which is orang orang sini kebanyakkannya tak fasih english. Aku tanya itu ini dijawabnya dalam bahasa arab. So menyintai bahasa ibunda sangat. Salute. Maka bermula lah Google Translate. Dan aku hanya berjalan mengikut arah kumpulan yang ada jemaah umrah. Kenapa?sebab aku yakin mereka nak ke imigresen dan collect luguage. Naik train yer. Alhamdulillah betul.

Lepas tu aku dimaklumkan akan ada staff hospital yang akan datang untuk menjemput aku dipanggil ‘meet and greet’ punya orang. Masya Allah orang arab lelaki dan pun tak fasih sangat berbasa Inggeris. Tak pe aku on laa. Tapi part paling menyeramkan bila hanya aku seorang perempuan yang akan naik bus bersama staff tu dan driver bus. Which is orang Bangladesh kot ke Pakistan. Perjalanan dari aiport ke housing hospital tu sangat jauh aku rasa. Aku mengantuk. Tapi takut nak tidur. Tambah pula pak arab ni dok tanya macam macam. Mula mula lalu bandar kemudian lalu plak padang pasir seluas mata memandang (aku agak je sebab malam kan). Time tu aku seriau takut. Dah la aku tengok dia orang sini bawa kereta macam jalan tu jalan dia. Tunggu tak terbang je. 

Allhamdullah sampai jugak aku di rumah yang pihak hospital sediakan. Sampai rumah ni, future housemate kerja malam pulak. Just tinggal nota kecil bawah pintu dalam bilik. Welcoming note. Lepas brief by Mr Sulaiman, aku masuk bilik kemas mandi dan rehat. Prepare my self untuk GNO esok. Unfair pada aku sebab baru sampai malam tadi buat pagi esoknya kena join GNO. Salah depa la bagi tiket lambat. Huh!!! Depa sini ni suka buat keje last minute. Of course dalam kelas aku sengguk sengguk. Nasib CRN faham. Nak buat macam anda sebab nama aku ada dalam program sama batch dengan yang sampai awal. Tak mengapa, we fight our feeling. Hati kena kental beb. Habis GNO dalam pukul 4 waktu Saudi, aku call anak3. RINDU! Sama2 menangis sampai kawan aku cakap ‘kak ingat gaji hujung bulan nanti’ ! Bukan aku je yang ada feeling sedih, semua yang datang sini rasa benda sama. Hati mau kuat beb. WAJIB KUAT! Sapa jer yang sanggup berpisah dengan keluarga. Even ada mulut2 yang cakap macam2 kat aku.itu ini begitu begini. Tak mengapa semoga Allah memberkati perjalanan hidup aku di bumi arab ini. Thank a lot for those talked bad about me. Whatever! 

So bermula la kerja aku disini sebagai nurse dalam bahagian endoscopy. Tahniah juga untuk diri sendiri sebab berjaya jejak kaki disini. Semua dengan izin Allah. Walau keje dan cara nya agak tidak mudah tapi tak pe kita buat dia. Allah izin maka jadi lah. Yang penting doa usaha dan tawakkal. Insha Allah jadi.

~Hasbunallahuwanikmalwakil~

      ❤❤❤






Saturday 13 January 2024

Bertahun lamanya…

Bismillahirahmanirahim…

Syukur pada Allah masih diberi peluang untuk bernafas dibumiNya. 


Hye semua, ini kisah aku dan aku akan bercerita, meluah, memberitahu, dan segalanya disini. Semoga dengan apa yang aku kongsikan nanti akan memberi inspirasi jika berguna kepada semua yang mengikuti blog ini. Maaf jika ada tulisan yang tertypo terguris tersalah atau segala macam ter. 

Banyaknya yang aku nak taip dan kongsikan dekat sini? Nak tahu sebab apa? Ok dulu, lebih kurang 10 tahun dulu, aku pernah menulis di sini. Even pengikutnya sekadar dari kakak aku dan kawan kawan aku saja. Adalah dalam 4 5 ketul. Dan pada masa itu corak penulisan aku macam agak hurrmmmmmm agak malu untuk aku nyatakan. Yer lah masa muda kan? Aku dalam proses memadam sebahagian dari aib aib sendiri. Cuma aku tak tahu bagaimana caranya. Dengan cerita ntah apa2 dan gambar aku yang aibnya. Lahaiiii. Seksa nanti kematianku.

By the way, setelah lebih 10 tahun aku tinggalkan blog aku ni, pelbagai cerita, kisah, dan kejadian yang berlaku dalam kehidupan seorang aku ni. Dulu blog ni, masa aku menulis blog ni, aku masih bujang. Tapi Alhamdulillah syukur nikmat Allah sekarang aku sudah mempunyai family sendiri. 


Perkara paling sedih sepanjang hidup aku ialah dengan pemergian ibuku. Allah aku tak kuat untuk itu. Bukan tak redha tapi Aku masih belum puas merasa hangatnya pelukan seorang ibu. Permata paling berharga harta paling bernilai dan hilangnya doa seorang ibu buat aku. Ya Allah tempatkan lah ibu dalam syurga-Mu yang paling tinggi. 

Aku rasa macam nak cerita semua perkara untuk 10 tahun lepas tapi bukan sekarang. Untuk posting yang baru aku ni, aku nak tulis yang biasa biasa saja dulu. Atau, andai aku cerita mungkin aku akan cerita. Ha begitulah maksud aku. Sebab masa ni nak ambil mood dulu. 

So tahun ni sudah masuk tahun 2024. Masih diawal bulan january dan aku ingin ucapkan selamat tahun baru pada semua. Semoga tahun ini kita diberikan segala kecukupan. Aamiin


Pada masa aku menulis blog ini aku berada di Arab Saudi. Yess aku bekerja disini. Hospital King Abdullah Aziz Jeddah. Seorang misi rupanya aku. Alhamdulillah Allah memilih aku sebagai seorang yang bertuah untuk berada di bumi para nabi. Insha Allah akan aku guna akan peluang yang ada ini sebaik mungkin. Doakan aku diberi kekuatan untuk mengharungi segala dugaan sepanjang berkhidmat di bumi Arab ini. Aku doakan untuk sesiapa yang berniat untuk bekerja disini, dipermudahkan segala urusan. 

Aku datang datang sini bulan august tahun lepas. Hampir 6bulan berada disini. Perlahan lahan aku cuba menghadam cara orang disini. Dari segi pertuturan, pemakanan, perilaku dan sebagainya. Biasalah berada di bumi asing ni sesuatu yang baru untuk sesiapa saja. Untuk bahasa ni, aku masih bertatih untuk bercakap 

menggunakan bahasa arab. Dapatlah sepatah dua dan bila berkomunikasi dengan patient tu aku rasa tak sangat kekok sebab apa hang aku tanya dijawab dan aku faham. Walaupun sebutan aku agak lari bunyinya. As long as maklumat penting yang aku nak dari patient tu dapat. Sebagai contoh, medical surgical history patient, patient on ubat ape currently, allergy patient, dan fews information lah. Kadang kadang kalau tak faham aku panggil la staff staff arab or staff staff yang da lama kerja sini. Kelakar la juga. Time time menulis ni pun aku tergelak. 

Ok pada yang terbaca blog aku ni, jangan lupa untuk follow aku dan tinggalkan komen yer. Walau siapapun kalian. 


“Hasbunallah huwanikmalwaqil”

Monday 14 October 2013

Salam Aidiladha

Tiz year aq xbalik ghaya. Biasela keje baru ni jd junior memang adatla.. Xpew my mom cakap t nak datang. Nasib baik gak MEB pun xnak balik. Alasan sebab aq xbalik. Wahh syg u sgt b.. Thanks. So aryni aq keje. Sok cuti. Tapi aryni aq ley balik awal sebab aq nak claim hours. Ley la g soping moping sikit. Nak masak pew untuk dia sok ea? Urmm selalu gak dia cite mak dia masak tu masak ni. Cian encik ben. Rindu masakan mak ea sayang? I will try my best. Walaweyh... Mujuk ni.
Sok raya nak buat pew ea? Rindu plak suasana raya kat lg. Eh teringat plak peristiwa balik raya tahun lepas... Penuh misteri. Takut! Perjalanan balik raya yang memakan masa hampir 30 jam.
Agak2 maa aq masak pew ea sok? Jangan masak best2 maa. I jeles.. Uwaaa uwaaa... Now aq dok melepak jew kat scope room ni sbb xde patient. Kol 2.30 kang ada appointment. Nak buat ogds. Haa ape tu ogds? T ada time aq cite. Now mud sedey xley raya. Lagi sedey sbb abah aq mengorbankan lembunya. Ishk ishk camno aq bley xley balik ni? Mesti kenduri kendara ni. Alahai abah..
Sekian..
#salam Aidiladha dr mrs benana