hok ado dale hati aq...

Saturday, 13 January 2024

Bertahun lamanya…

Bismillahirahmanirahim…

Syukur pada Allah masih diberi peluang untuk bernafas dibumiNya. 


Hye semua, ini kisah aku dan aku akan bercerita, meluah, memberitahu, dan segalanya disini. Semoga dengan apa yang aku kongsikan nanti akan memberi inspirasi jika berguna kepada semua yang mengikuti blog ini. Maaf jika ada tulisan yang tertypo terguris tersalah atau segala macam ter. 

Banyaknya yang aku nak taip dan kongsikan dekat sini? Nak tahu sebab apa? Ok dulu, lebih kurang 10 tahun dulu, aku pernah menulis di sini. Even pengikutnya sekadar dari kakak aku dan kawan kawan aku saja. Adalah dalam 4 5 ketul. Dan pada masa itu corak penulisan aku macam agak hurrmmmmmm agak malu untuk aku nyatakan. Yer lah masa muda kan? Aku dalam proses memadam sebahagian dari aib aib sendiri. Cuma aku tak tahu bagaimana caranya. Dengan cerita ntah apa2 dan gambar aku yang aibnya. Lahaiiii. Seksa nanti kematianku.

By the way, setelah lebih 10 tahun aku tinggalkan blog aku ni, pelbagai cerita, kisah, dan kejadian yang berlaku dalam kehidupan seorang aku ni. Dulu blog ni, masa aku menulis blog ni, aku masih bujang. Tapi Alhamdulillah syukur nikmat Allah sekarang aku sudah mempunyai family sendiri. 


Perkara paling sedih sepanjang hidup aku ialah dengan pemergian ibuku. Allah aku tak kuat untuk itu. Bukan tak redha tapi Aku masih belum puas merasa hangatnya pelukan seorang ibu. Permata paling berharga harta paling bernilai dan hilangnya doa seorang ibu buat aku. Ya Allah tempatkan lah ibu dalam syurga-Mu yang paling tinggi. 

Aku rasa macam nak cerita semua perkara untuk 10 tahun lepas tapi bukan sekarang. Untuk posting yang baru aku ni, aku nak tulis yang biasa biasa saja dulu. Atau, andai aku cerita mungkin aku akan cerita. Ha begitulah maksud aku. Sebab masa ni nak ambil mood dulu. 

So tahun ni sudah masuk tahun 2024. Masih diawal bulan january dan aku ingin ucapkan selamat tahun baru pada semua. Semoga tahun ini kita diberikan segala kecukupan. Aamiin


Pada masa aku menulis blog ini aku berada di Arab Saudi. Yess aku bekerja disini. Hospital King Abdullah Aziz Jeddah. Seorang misi rupanya aku. Alhamdulillah Allah memilih aku sebagai seorang yang bertuah untuk berada di bumi para nabi. Insha Allah akan aku guna akan peluang yang ada ini sebaik mungkin. Doakan aku diberi kekuatan untuk mengharungi segala dugaan sepanjang berkhidmat di bumi Arab ini. Aku doakan untuk sesiapa yang berniat untuk bekerja disini, dipermudahkan segala urusan. 

Aku datang datang sini bulan august tahun lepas. Hampir 6bulan berada disini. Perlahan lahan aku cuba menghadam cara orang disini. Dari segi pertuturan, pemakanan, perilaku dan sebagainya. Biasalah berada di bumi asing ni sesuatu yang baru untuk sesiapa saja. Untuk bahasa ni, aku masih bertatih untuk bercakap 

menggunakan bahasa arab. Dapatlah sepatah dua dan bila berkomunikasi dengan patient tu aku rasa tak sangat kekok sebab apa hang aku tanya dijawab dan aku faham. Walaupun sebutan aku agak lari bunyinya. As long as maklumat penting yang aku nak dari patient tu dapat. Sebagai contoh, medical surgical history patient, patient on ubat ape currently, allergy patient, dan fews information lah. Kadang kadang kalau tak faham aku panggil la staff staff arab or staff staff yang da lama kerja sini. Kelakar la juga. Time time menulis ni pun aku tergelak. 

Ok pada yang terbaca blog aku ni, jangan lupa untuk follow aku dan tinggalkan komen yer. Walau siapapun kalian. 


“Hasbunallah huwanikmalwaqil”

No comments: