hok ado dale hati aq...

Wednesday, 24 January 2024

Saudi Arabia

Pertama kali di Jeddah

Teringat masa Fisrt time aku datang sini. Aku seorang yer. Sebab tiket aku dengan staff yang sama batch dengan aku adalah berbeza. Aku fly sini 6 August. Petang pukul 5.35 flight aku masa tu. 1st time aku fly jauh sensorang. Dengan meninggalkan suami dan anak3 serta famili aku. Perasaan? Haruslah sedih tahap kau rasa?? Rasa sedih tu nanti aku cerita. Yang aku nak tulis sekarang perjalanan lebih 8 jam tu hanya aku dan orang orang yang pergi untuk umrah dan sebagainya. Which mean that time is aku seorang yang pergi dari KL ke Jeddah dan ke hospital itu.  Dalam flight adalah bersembang sepatah dua dengan mak cik yang nak pergi umrah. Selebihnya aku hanya melayan perasaan dan tidur. Tidur dalam tangisan sebab aku dah mula rindu anak3 dan family. Sesampainya aku di Airport Jeddah, ada satu masalah which is orang orang sini kebanyakkannya tak fasih english. Aku tanya itu ini dijawabnya dalam bahasa arab. So menyintai bahasa ibunda sangat. Salute. Maka bermula lah Google Translate. Dan aku hanya berjalan mengikut arah kumpulan yang ada jemaah umrah. Kenapa?sebab aku yakin mereka nak ke imigresen dan collect luguage. Naik train yer. Alhamdulillah betul.

Lepas tu aku dimaklumkan akan ada staff hospital yang akan datang untuk menjemput aku dipanggil ‘meet and greet’ punya orang. Masya Allah orang arab lelaki dan pun tak fasih sangat berbasa Inggeris. Tak pe aku on laa. Tapi part paling menyeramkan bila hanya aku seorang perempuan yang akan naik bus bersama staff tu dan driver bus. Which is orang Bangladesh kot ke Pakistan. Perjalanan dari aiport ke housing hospital tu sangat jauh aku rasa. Aku mengantuk. Tapi takut nak tidur. Tambah pula pak arab ni dok tanya macam macam. Mula mula lalu bandar kemudian lalu plak padang pasir seluas mata memandang (aku agak je sebab malam kan). Time tu aku seriau takut. Dah la aku tengok dia orang sini bawa kereta macam jalan tu jalan dia. Tunggu tak terbang je. 

Allhamdullah sampai jugak aku di rumah yang pihak hospital sediakan. Sampai rumah ni, future housemate kerja malam pulak. Just tinggal nota kecil bawah pintu dalam bilik. Welcoming note. Lepas brief by Mr Sulaiman, aku masuk bilik kemas mandi dan rehat. Prepare my self untuk GNO esok. Unfair pada aku sebab baru sampai malam tadi buat pagi esoknya kena join GNO. Salah depa la bagi tiket lambat. Huh!!! Depa sini ni suka buat keje last minute. Of course dalam kelas aku sengguk sengguk. Nasib CRN faham. Nak buat macam anda sebab nama aku ada dalam program sama batch dengan yang sampai awal. Tak mengapa, we fight our feeling. Hati kena kental beb. Habis GNO dalam pukul 4 waktu Saudi, aku call anak3. RINDU! Sama2 menangis sampai kawan aku cakap ‘kak ingat gaji hujung bulan nanti’ ! Bukan aku je yang ada feeling sedih, semua yang datang sini rasa benda sama. Hati mau kuat beb. WAJIB KUAT! Sapa jer yang sanggup berpisah dengan keluarga. Even ada mulut2 yang cakap macam2 kat aku.itu ini begitu begini. Tak mengapa semoga Allah memberkati perjalanan hidup aku di bumi arab ini. Thank a lot for those talked bad about me. Whatever! 

So bermula la kerja aku disini sebagai nurse dalam bahagian endoscopy. Tahniah juga untuk diri sendiri sebab berjaya jejak kaki disini. Semua dengan izin Allah. Walau keje dan cara nya agak tidak mudah tapi tak pe kita buat dia. Allah izin maka jadi lah. Yang penting doa usaha dan tawakkal. Insha Allah jadi.

~Hasbunallahuwanikmalwakil~

      ❤❤❤






Saturday, 13 January 2024

Bertahun lamanya…

Bismillahirahmanirahim…

Syukur pada Allah masih diberi peluang untuk bernafas dibumiNya. 


Hye semua, ini kisah aku dan aku akan bercerita, meluah, memberitahu, dan segalanya disini. Semoga dengan apa yang aku kongsikan nanti akan memberi inspirasi jika berguna kepada semua yang mengikuti blog ini. Maaf jika ada tulisan yang tertypo terguris tersalah atau segala macam ter. 

Banyaknya yang aku nak taip dan kongsikan dekat sini? Nak tahu sebab apa? Ok dulu, lebih kurang 10 tahun dulu, aku pernah menulis di sini. Even pengikutnya sekadar dari kakak aku dan kawan kawan aku saja. Adalah dalam 4 5 ketul. Dan pada masa itu corak penulisan aku macam agak hurrmmmmmm agak malu untuk aku nyatakan. Yer lah masa muda kan? Aku dalam proses memadam sebahagian dari aib aib sendiri. Cuma aku tak tahu bagaimana caranya. Dengan cerita ntah apa2 dan gambar aku yang aibnya. Lahaiiii. Seksa nanti kematianku.

By the way, setelah lebih 10 tahun aku tinggalkan blog aku ni, pelbagai cerita, kisah, dan kejadian yang berlaku dalam kehidupan seorang aku ni. Dulu blog ni, masa aku menulis blog ni, aku masih bujang. Tapi Alhamdulillah syukur nikmat Allah sekarang aku sudah mempunyai family sendiri. 


Perkara paling sedih sepanjang hidup aku ialah dengan pemergian ibuku. Allah aku tak kuat untuk itu. Bukan tak redha tapi Aku masih belum puas merasa hangatnya pelukan seorang ibu. Permata paling berharga harta paling bernilai dan hilangnya doa seorang ibu buat aku. Ya Allah tempatkan lah ibu dalam syurga-Mu yang paling tinggi. 

Aku rasa macam nak cerita semua perkara untuk 10 tahun lepas tapi bukan sekarang. Untuk posting yang baru aku ni, aku nak tulis yang biasa biasa saja dulu. Atau, andai aku cerita mungkin aku akan cerita. Ha begitulah maksud aku. Sebab masa ni nak ambil mood dulu. 

So tahun ni sudah masuk tahun 2024. Masih diawal bulan january dan aku ingin ucapkan selamat tahun baru pada semua. Semoga tahun ini kita diberikan segala kecukupan. Aamiin


Pada masa aku menulis blog ini aku berada di Arab Saudi. Yess aku bekerja disini. Hospital King Abdullah Aziz Jeddah. Seorang misi rupanya aku. Alhamdulillah Allah memilih aku sebagai seorang yang bertuah untuk berada di bumi para nabi. Insha Allah akan aku guna akan peluang yang ada ini sebaik mungkin. Doakan aku diberi kekuatan untuk mengharungi segala dugaan sepanjang berkhidmat di bumi Arab ini. Aku doakan untuk sesiapa yang berniat untuk bekerja disini, dipermudahkan segala urusan. 

Aku datang datang sini bulan august tahun lepas. Hampir 6bulan berada disini. Perlahan lahan aku cuba menghadam cara orang disini. Dari segi pertuturan, pemakanan, perilaku dan sebagainya. Biasalah berada di bumi asing ni sesuatu yang baru untuk sesiapa saja. Untuk bahasa ni, aku masih bertatih untuk bercakap 

menggunakan bahasa arab. Dapatlah sepatah dua dan bila berkomunikasi dengan patient tu aku rasa tak sangat kekok sebab apa hang aku tanya dijawab dan aku faham. Walaupun sebutan aku agak lari bunyinya. As long as maklumat penting yang aku nak dari patient tu dapat. Sebagai contoh, medical surgical history patient, patient on ubat ape currently, allergy patient, dan fews information lah. Kadang kadang kalau tak faham aku panggil la staff staff arab or staff staff yang da lama kerja sini. Kelakar la juga. Time time menulis ni pun aku tergelak. 

Ok pada yang terbaca blog aku ni, jangan lupa untuk follow aku dan tinggalkan komen yer. Walau siapapun kalian. 


“Hasbunallah huwanikmalwaqil”

Monday, 14 October 2013

Salam Aidiladha

Tiz year aq xbalik ghaya. Biasela keje baru ni jd junior memang adatla.. Xpew my mom cakap t nak datang. Nasib baik gak MEB pun xnak balik. Alasan sebab aq xbalik. Wahh syg u sgt b.. Thanks. So aryni aq keje. Sok cuti. Tapi aryni aq ley balik awal sebab aq nak claim hours. Ley la g soping moping sikit. Nak masak pew untuk dia sok ea? Urmm selalu gak dia cite mak dia masak tu masak ni. Cian encik ben. Rindu masakan mak ea sayang? I will try my best. Walaweyh... Mujuk ni.
Sok raya nak buat pew ea? Rindu plak suasana raya kat lg. Eh teringat plak peristiwa balik raya tahun lepas... Penuh misteri. Takut! Perjalanan balik raya yang memakan masa hampir 30 jam.
Agak2 maa aq masak pew ea sok? Jangan masak best2 maa. I jeles.. Uwaaa uwaaa... Now aq dok melepak jew kat scope room ni sbb xde patient. Kol 2.30 kang ada appointment. Nak buat ogds. Haa ape tu ogds? T ada time aq cite. Now mud sedey xley raya. Lagi sedey sbb abah aq mengorbankan lembunya. Ishk ishk camno aq bley xley balik ni? Mesti kenduri kendara ni. Alahai abah..
Sekian..
#salam Aidiladha dr mrs benana

Saturday, 14 September 2013

Jururawat

Alhamdulillah.. Ini la aq. Seorang misi ropanya! Huuuhiiii. Alag misi jew pun bukan doktor ke lecturer ke. But i'm always hepi with tiz job.
Now aq keje kat pantai hospital cheras. Urm best gak la walau kadang2 stress gilew. Sabar itu separuh dari iman. Hehehe

Friday, 13 September 2013

macaroni bakar

Dua malam lepas aq try masak macaroni bakar. nyum...nyum... sedap gak (poyos). So aq nak berkongsi resepi la wahal da ramai  yang taw buat ni. hehehehe

makaroni bakar


Bahan-Bahan


3 biji bawang besar (aq guna bawang merah yang saiz besar) *blend2 ulas bawang putih *blendserbuk kari ikan @ ayam @daging1 tin sardin1/2 tin susu cairdaun soup daun bawang

mozarella cheese
cheddar cheese
3 biji telurmakaroni *rebus n toskan (agak2 la banyak mana korang nak)garam dan gula

cara-caranya- panaskan minyak tumis bawang yg diblendkan sampai wangi kemudian masukkan serbuk kari tumis lagi    sampai pecah minyak.msuk kn sardin & susu cair gaul sebati-msuk kn makaroni yg d rebus tadi..kacau sebati perasa kn dgn garam n gula..-msuk kn daun sup n daun bawang...gaul smpai sebati n xberair...-letak minyak pd loyang n msuk kn makaroni yg dh siap tadi hanya separuh loyang..-tabur ke 2 dua jenis cheese tadi..letak lebihan makaroni tadi n tabur cheese lg-pukul telur n msuk kn dlm loyang makaroni tadi..-bakar sampai perang-150'c bakar selama 30minit...


resepi ni aq amik kat dari dapur anie ezany
ni sebelum dibakar yer!!!



 siap and nak ngap daaa

Thursday, 12 September 2013

raya da lepas

salam...
Dah lama tak membelog..huuuuhiii ada satu story raya nak publish tapi tak ley sebab ape tak taw la. pakai phone pun. urmmm tak per la bukan penting pun. g pun aq banyak publish gambar raya jew...
malas plak nk menaip...








eh baju samer!!!


Monday, 29 July 2013

Syiah

Aq ni tak pandai sangat nak cakap pasal2 agama ni. Lagipun kalau silap cakap nanti lain plak jadinya. Tapi skunk ni aq dok dengar dok bace banyak sangat pasal syiah. Mula2 aq memang tak tahu ape tu syiah and aq pun malas amik pot! Tapi bila kat paper cakap syiah kat blog cakap syiah and kat fb pun cite pasal syiah aq tertarik gak nak tahu tang mana salahnya syiah. Ok mula2 kak long aq tunjuk video pasal cara orang syiah ni solat. Aq terkujat monkey gak. Da apehal plak la syiah ni solat cenggini. Hanya syiah jew taw. Alahai mereka ni ambil jalan mudah sangat. Kat kL ni yang aq taw area gombak (UIA) ngan klang ni ramai pengikut syiah. Area lain ada gak tapi xpasti. Pas bace care diaorang tarik pengikut ni naik seram plak aq. Nauzubillah...
Yang pasal kawin mutaah tu satu hal. Adeiii mana hak wanita mengikut fahaman diaorang? Eh betul ke aq ni? Pastu fahaman syiah ni dibawa oleh orang2 iran setahu aq. Mereka juga amat rapat ngan puak2 yahudi laknatullah. Itu sumber yg aq bace lah.
So marilah kita sama2 berdoa agar dijauhkan dari mereka yang sesat ni.

Saturday, 20 July 2013

Tahniah

Ok ekceli aq nak ucap tahniah kat ko! Jahat- jahat aq ni pun masih ada sifat manusia.walau kau pernah sakitkan aty aq pun. By the way tahniah atas kejayaan ko tu.ko tak payah pening la pikir mana aq taw. Agent ramai.haaha agent la sangat. So jumpa disini nanti as a.... Dont know what to say. Aq taw ko baik sebenarnya. Tapi ko tahu n faham kan kenapa aq marah sangat kat ko. Walaupun ko pernah doakan kehancuran aq. Hehehehe... So congratulation and semoga berjaya selamanya. Sory aq tak pandai nak wish2 ni. Daaa

Friday, 19 July 2013

Puasa ke10

Aryni berbuka di tasik cempaka lagi. Tadi ingat malas nak masak.beli dua jenis lauk je.kerang pais ngan ikan percik. Alamak takde kuah. Cian plak kat MEB. Lastly aq masak gak ikan masak lemak cili padi. Air plak aq buat air sirap bandung jew. Simple jew kan juadah kami.
So pas masak siap masuk bekal semua aq kejut dia. Almaklumlah dia keje malam minggu ni. Penat r tu. Siap semua kami g berbuka kat tasik cempaka.urm ary2 time dia keje malam cam ni la kami. Pas buka dia balik and siap gi keje plak.
Ekceli aq risau jugak takut la aq masak tak sedap. Tapi dia cakap sedap. Yang paling terharu dia hirup kuah tu pas makan. Dalam aty aq urm sedap sangat kowt. Hehehehe (terperasan plak). Da MEB ni kan pas makan kenyang konpem dia xley drive da. Duduk nak bela perut jew.hehehe i love you sayang.

Saturday, 13 July 2013

Puasa hari ke4

Hari ni hari keempat kita berpuasa.urm best laa.yes aq berjaya bangon sahur.even makan kurma ngan minum milo jew. Semalam encik Ben cakap nak buka pose sama2.hikhikhik..so aq decide nak masak jew la.malas nak beli kat bazar atau g kedai.kalau beli bazar pun ada pelbagai kekangan nanti. Satunya soal sedap dan tak sedap.duanya mahal kowt.bezanya sangat terasa ngan tahun lepas. Bayangkan kalau tahun lepas, 5 biji kuih rm2 tapi skunk 5 biji kuih rm3.ok aq bukan nak berkira tapi kalau bley wat sendiri apa salahnya buat sendirikan? Nasib baik MEB ni jenis tak cerewet sangat pasal makan.
So time ni aq ngah pikir iftar arini nak masak pew.kalau masak ayam masak merah ngan daging masak hitam aci tak? Urm sama2 la kita tunggu hasilnya.

Thursday, 11 July 2013

Welcome to Malaysia

Salam Ramadhan...
Hehehe pes day pose aq ngn MEB cuti. Gedik nak berjalan.hahaha eh tapi sebenarnya kami ada urusan sikit..dia nak buat ic baru.so kami g la jabatan pendaftaran negara kat putrajaya nuh untuk merealisasikan impian MEB.hahaha. Nasib baik senang cari tempat ni. Pas siap wat ic beliau, kami g hospital gleanegles ampang jap.hehehe ada la keje yang nak dibikin.hehee
Nasib kami la petang balik tidow.dua-dua tak sedar. Bangun cepat2 g bazar.alamak makanan da habisssss beli jew la ape yang tinggal.padan muka. Jalan jem pun. Tapi Alhamdulillah kami kenyang.berbuka pun tepi tasik.awww romantik...la sangat kan??? Menyampah tak? Up to meeeee hokeyy

Tuesday, 9 July 2013

Ramadhan Al mubarak

Alhamdulillah.tahun ni dapat lagi merasa bulan yang penuh keberkatan ni. Ya Allah berkatilah ibadah kami kaum muslimin dan muslimat. Balik keje tadi jalan agak jem kat simpan nak gi giant and billion tu. Ya la masing-masing nak beli barang wat sahur semua. Dan tentunya aq sangat tension sebab sepanjang bulan pose ni jalan akan jen teruk dari hospital ke rumah aq. Alahai camne ni. Tahun lepas xpew sebab aq bawak motor g keje.tahun ni da bawak kete rasenya aq makan jem la gamaknya.
Malam semalam aq da siap da beli barang dapur ngan MEB kat tesco.wow agak ramai gak la manusia. Alahai...
So ape2 pun selamat berpuasa semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua.

Monday, 3 June 2013

Tengok wayang

Semalam MEB keje..uwaaa sodih klu dia kena keje weekend. By the way tq sayang. U bizi pun u still ada time ngan i. So semalam kami tengok wayang. Alah tengok cite bikers kental jew pun. But not bad. Layan ketawa jew la.
Tengok wayang kat jj balakong. Ekceli, sabtu malam kami da g. Nak tengok fnf 6. Tapi midnite. Cian kat MEB soknya nak keje..so just g makan jew :-(
Tqvm sayang...
Love u very muchh

P\s: klu korang nak muntah sila p toi2 k!

Sunday, 2 June 2013

Anjung menanti SPA N Beauty (berspa lagikkk)

Semalam tergedik lebih nak g spa. Bak kata MEB blagak cam aretis. Hahaha u jeleskan ngan i kan sayang? Whateber!!! Kali ni try spa baru plak. Anjung menanti beauty spa kat jalan reko kajang nuh. Nasib bek ary ni bos kuar awal. Aq pun cabut la awal sebab my kelik pun takdew.cuti kawen. Aq yang kesorangan. Ekceli aq wat apoimen kol 6. Tapi aq terlupa. Bajet pukul 7 plak.balik keje siap landing manding lagi.huh!!! Nasib bek aq tergerak aty nak call spa tu konpemkan apoimen aq.skali pukul 6 daa.. Aq dalam kekalutan plak bersiap untuk ke sana. Huh sempot mak nox!!!
Da sampai parking plak takde. Aq malas betul nak pusing2 banyak kali. Tapi have to buat gak. Da sampai yeaaaahhhh. Time to manjakan muka.. Staff sini giler2 gak.sembang ramah sangat. Cite itu ini. Start dari KKM,JDT, KFCM (apex) black head semua.
Wey yang syiokkk sangat tu diaorang cakap pew kat aq ' akak td pakai tudung muka cam umo 24 da buka tudung sebijik cam budak umo 16 tahun.ahakzzz aq telah dilamum keperasanan. Alhamdulillah. Masih ad yang memuji. Hahaha bangga la jugak. Ko ader??? Sory la kalau ada yang muntah pepel pas bace ni. Tapi tu yang diaorang cakap.
Mase dia buat diamond treatment tu aq terkujat jugak. Ye la di sedut2 ngan menatang ape xtaw la. Tapi best. Time dok buat tu sempat gak aq menyenap a few pics. Korang taw la aq kan. Bak kata MEB aq ni suka bergambar. So what??? Muahhahahaha....
Lastly let wat balik produk..best pun.mahal sikit xpew.janji berbaloi.. Bukan selalu..Alhamdulillah rezeki Allah
Bye....

Saturday, 18 May 2013

Takut sangat

Tak yakin la.sapew ley meyakinkan aq nih? Tak maw pikir sa tapi sakit la. Asyik risau saja.kenapa weyh? Tolong yakib kan aq.lemah semangat sangat nih. Takutnya!!!

Mintak ada yang faham

Tuesday, 23 April 2013

Buntu

Arghhhh tak tahu macam mana nak solve tiz problemaaa...manyak pening! Mau pergi jauh dari masalah.but how? Allah taklan uji lebih dari kemampuan kyta.yarhhh thats mean aq mampu mengahadapinya. Tapi kadang2 mai gak perasaan takut. Alahai!!! Harap ada yang mengerti...
Nak dibiar xboley nak dilayan makan hati hukalohhh!!! Mungkin belum tiba masanya lagi.

Thursday, 4 April 2013

Oh anda!!!

Anda tidak dapat menerima saya takpe.anda membenci saya pun takpe anda menfitnah saya Alhamdulillah tapi sedarkah anda, siapa anda n adakah anda layak untuk menghakimi saya.
Saya tidak minta untuk dibangga tapi saya pun tak minta untuk di keji dan dihina.saya tak minta jadi cmni.saya hanya berbuat untuk kebahagiaan sendiri. Ye kehadiran saya langsung mengubah segalanya tapi sayakah yang bersalah? Anda tidak tahu corak perjalanan saya. Sudah saya katakan anda tidak berhak menilai saya dari luaran sahaja. Anda hanya mendengar cerita dari sebelah pihak dan pernahkah anda cuba untuk menyelami naluri saya. Oh semestinya tidakkan? Sebabnya anda sudah meletakkan saya dibawah dan tidak akan dipandang lagi. Anda ingat suatu hari nanti anda akan mengerti mengapa bagaimana apakah yang terjadi kepada saya. Anda, saya tidak minta disanjung tinggi tapi cukup anda berhenti menghina saya. Saya hanya manusia biasa. Saya cuma ingin meminta sedikit penghormatan dari anda dan fahamilah situasi saya sekarang! Hanya saya yang mempunyai belas kasihan kepada sesorang sedangkan insan lain tak sedikit pun menghormati saya. Penghormatan dibuat tak semestinya dari kata2 perbuatan juga boleh dikira sebagai penghormatan. Anda sedarlah anda telah melukakan hati kecil saya. Tapi takpe la sebab saya tetap memaafkan anda semua. Saya disini memendam seribu satu macam perasaan. Anda situsi saya dan anda anda anda dan anda adalah berbeza. Telah dia katakan bahawa saya adalah mangsa keadaan. Anda seandainya saya telah memusnahkan keadilan yang selayaknya milik anda anda dan anda saya sanggup mengundur dari medan ini. Sesungguhnya saya tidak sanggup lagi. Tapi ketahuilah bahawa suatu hari anda akan menyesal dan saat itu saya sudah tiada lagi untuk melafazkan satu kalimah azimat. Banyak beban saya tanggung. Bahu saya sudah tidak berdaya. Saya tidak pernah tidak akan dan tidak sedikitpun menyalahkan anda anda anda dan anda. Yakin dan percayalah bahawa takdir yang datang ini adalah suratan yang maha Esa. Lapangkan dada kita semua. Malu untuk saya menyatakanya tapi anda yang terlibat akan mengerti. Andai kata suatu hari saya mampu saya akan pergi jauh dari semua ni. Ketenangan yang hakiki impian saya. Anda jika mahu mengadili and menghakimi seseorang ayuh masuklah dalam dunianya fahami dirinya yang sebenarnya. 
Amda saya minta anda jangan memenatkan saya lagi. Sesungguhnya saya tidak lagi mampu.